Seluar denim
asalnya adalah untuk para pekerja pada zaman dahulu namun ia telah menjadi
fesyen zaman moden dan menjadi simbol status. Pada awal tahun 2000, seluar
jeans yang mahal harganya mula kembali ke dalam dunia fesyen dengan jenama
seperti APO Jeans , Chip dan Pepper, Paper Denim & Cloth, Seven For All
Mankind, True Religionn dan banyak jenama lain berharga $ 200 atau lebih bagi
setiap helai jeans.
The Guinness
Book of Records telah menyenaraikan sepasang seluar jeans Gucci Genius yang
mempunyai bulu yang unik, manik, koyakan menarik dan butang sebagai jeans yang
paling mahal iaitu $ 3,134 dan Forbes juga mempamerkan seluar jeans Escada's
Swarovski yang diselaputi kristal dan dijual pada harga AS $ 10,000.
Syarikat
Levi Strauss telah membida sebanyak $ 46,532 untuk membeli sehelai jeans dari
jenama mereka sendiri di laman eBay.. Walau bagaimanapun, seluar jeans lama
yang paling mahal adalah sehelai seluar jeans 501 yang dihasilkan pada tahun
1880-an dan dibeli oleh seorang pengumpul jeans dari Jepun pada tahun 2005
dengan harga $ 60,000.
|
Dussault Apparel’s Trashed Denim $250,000
|
Namun tiada
apa yang dapat menandingi seluar jeans dari Dussault Apparel's Trashed Denim
yang sangat mewah. Seluar jeans ini adalah buatan tangan menggunakan proses
khas yang mana seluar ini dibasuh 13 kali, diwarna dengan dye dan dilukis
corak. Proses ini dijalankan di antara setiap kali basuhan supaya ia dapat
menambah keunikan kepada seluar jeans itu.
Cuba anda
teka berapakah harga bagi seluar jeans paling mahal di dunia? Dussault
Apparel's Trashed Denim dijual pada harga $ 250.000 dan seluar ini boleh dibeli
di kedai Dussault di Los Angeles atau Kustom di New York City.
sumber- kakionline
sumber- kakionline
No comments:
Post a Comment