Tips penjagaan seluar jean
Hampir semua orang memiliki
seluar jean. Tidak kiralah warna apa sekalipun, malah kepelbagaian
bentuk potongan boleh didapati di pasaran antaranya 'straight cut',
'boot cut', 'skinny', 'bell bottom' dan banyak lagi. Tetapi tidak semua
tahu mengenai penjagaan seluar jean bukan? Mungkin ada di antara kita
sesuka hati campur aduk ketika membasuhnya tanpa mengambil kira jenis
material. Jadi, di sini Petua Seharian ingin kongsi tips penjagaan
seluar jean agar tidak kelihatan lusuh / buruk :
ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
JANGAN
campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini
adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih
malang lagi kalau pakaian yang bercampur-aduk tu jenis mudah luntur
warnanya.. Memang nahaslah jawabnya jeans korang-korang
MENCUCI BAHAGIAN LUAR & DALAM
Ketika mencuci jeans, anda perlu
mencucinya bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam..
Ini penting utk mengekalkan warna & ciri-ciri pada jeans kesayangan
anda.. Jadi basuhlah dgn tangan.
ELAK GUNA BAHAN KIMIA
Perlu ingat! JANGAN sesekali
menggunakan sebarang bahan kimia selain sabun pencuci biasa utk mencuci
jeans.. Bahan kimia kemungkinan boleh merosakkan tekstur jeans.. Warna
asal jeans juga akan berubah sekiranya anda menggunakan bahan kimia yang
salah.
KATAKAN TIDAK PADA MESIN PENGERING!
Mungkin ramai korang-korang di luar
sana tidak mengambil peduli mengenai hal ini.. Ala, remeh-temeh jer
kan.. Tetapi ingat! Salah satu perkara yang boleh merosakkan jeans
korang-korang adalah mesin pengering kerana ini akan merengangkan dan
merosakkan helaian-helaian tekstur asal jeans anda
ELAK MENJEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI
Rasanya ramai yang melakukan cara
ini sebab nak bagi cepat kering.. Betul tak? JANGAN! Kerana boleh
menyebabkan jeans mengecut & rosak dgn cepat.. Sebaliknya pilihlah
tempat yang lebih redup.
GANTUNG & ANGINKAN
Untuk pengeringan jeans setelah
dicuci, gantung di tempat yang redup & mempunyai pengaliran udara
yang sempurna.. Kaedah towel dry adalah yang terbaik bagi mengeringkan
jeans iaitu menggantung tanpa melipatkannya
Sumber : Petua Seharian
No comments:
Post a Comment